Saturday, February 26, 2011
IS IT TRUE?
Tuesday, January 25, 2011
KITA MERANCANG ALLAH JUA MERANCANG MALAH PENENTU SEGALANYA...
Tuesday, August 10, 2010
The Stories of Saltwater & Freshwater
Mengapa Yahudi Bijak?
Memelihara Kejernihan Hati
…..hubungan hamba dan Pencipta melalui solat dilakukan tanpa mengira di mana kita berada kerana hanya dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenteram
Pada masa kini ketenangan dan kedamaian hati sukar dicapai dan didapati. Banyak faktor menyebabkan ketenangan dan kedamaian terganggu, antaranya cabaran hidup, hutang dan tidak jujur dalam kehidupan serta tidak amanah.
Hati yang baik dan jujur adalah lebih baik daripada segala-galanya. Orang yang melukai hati orang lain, akan melukai hatinya sendiri. Begitulah kata-kata hikmah yang banyak memberikan tafsiran dalam hubungan kehidupan manusia yang membabitkan perasaan dan fikiran.
Allah s.w.t memberi peringatan dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan Kami turunkan Al-Quran sebagai suatu penawar dan rahmat bagi orang yang beriman.” (Al-Isra:82) . Sesungguhnya kitab suci Al-Quran mengandungi hikmah, menjadi penawar atau ubat untuk pelbagai penyakit hati dan jiwa bagi orang beriman.
Al-Quran menjadi penyembuh segala penyakit yang dialami manusia sama ada penyakit zahir dan batin, ada penyakit rohani dan jasmani. Di samping itu, al-Quran memimpin manusia agar menjaga kesihatan, memelihara kehormatan diri dan menjauhi segala perkara yang keji lagi haram.
Perasaan tidak tenteram didalam hati selalu menganggu kehidupan seseorang. Perasaan ini adalah penyakit batin yang juga boleh menganggu kehidupan seseorang. Penyakit batin yang juga boleh menganggu diri iaitu badan yang mengakibatkan seluruh jasad tidak dapat menumpukan pada kehidupan sebenarnya.
Kajian ahli psikologi mendapati remaja yang terbabit dengan penyakit batin adalah disebabkan kurang pendidikan agama dan mudah terpengaruh dengan persekitaran seperti terjebak dengan gejala sosial seperti lari dari rumah, mengamalkan budaya pergaulan bebas, keruntuhan akhlak dan hanyut dalam kehidupan.
Hal ini bertetapan dengan pandangan Martin Luther yang menyatakan, “Hati manusia seperti sebuah perahu yang terumbang-ambing ditengah samudera, ribut yang mempermainkan dan menghempasnya ke segala jurusan".
Oleh itu peliharalah hati kita supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang godaan dan dihinggapi penyakit seperti sombong, dengki, angkuh, riak, tidak berperikemanusiaan, gelisah, murung dan sebagainya. Jangan membiasakan diri berhutang. Kalau terpaksa berhutang, berniatlah membayar secepat mungkin. Selain itu, elakkan daripada riba, curi, tipu dan khianat yang boleh mematikan hati.
Ahli falsafah Immanuel Kant berkata, “Hati nurani bagaikan ‘suara Tuhan’ yang diletakkan dalam kalbu setiap insan.” Sementara itu, bagi orang dewasa penyakit hati yang selalu menganggu adalah seperti tidak tenteram, bersikap kasar, gelisah, sepi, bimbang, cemas, gundah dan rawan.
Ingatlah, perkataan lemah lembut itu akan dapat melembutkan hati nurani yang lebih keras daripada batu dan perkataan kasar akan mengasari hati yang lebih halus daripada sutera. Latihlah hati supaya sentiasa bertaubat, qana’ah, zuhud, tawakkal, ikhlas dan sentiasa menjaga lidah dengan kata-kata yang baik. Renunglah keindahan alam ciptaan Tuhan seperti pantai atau taman.
Dalam hal ini, lima jenis ubat hati dijelaskan Syaiku Zaenudin bin Ali al-Mi’bari al-Malibari, “Ubat hati ketika dalam keadaan keras yang dapat membantu ada lima, iaitu membaca al-Quran dengan hati yang khusyuk merenungi makna, mengosongkan perut menahan lapar dan dahaga, bangun malam beribadah mata celik berjaga, tadharru’ bermunajat memanjatkan doa dan bergaul bersama orang yang soleh yang mulia.”
Terdapat banyak sebab yang menjadikan hati lurus yang kelurusannya menyebabkan seluruh anggota badan lurus. Dalam sebuah hadis, Rasullulah s.a.w menjelaskan yang bermaksud, “Sesungguhnya dalam jasad ada segumpal daging. Jika dia lurus maka jasad seluruhnya akan lurus dan jika dia rosak, maka jasad seluruhnya akan rosak. Ingatlah ia adalah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Pandangan ini diperkuatkan Imam Al-Ghazali yang mengatakan, “Tujuan memperbaiki akhlak untuk membersihkan hati dan kalbu daripada kotoran hawa nafsu dan menjadikan sifat amanah hingga ia jernih bagaikan cermin yang dapat menerima cahaya Tuhan.”
Hidupkanlah hati dengan ilmu pengetahuan, berzikir, berdoa dan berselawat. Hati nurani adalah secara abadi daripada kebenaran dan keadilan. Ia bagaikan cermin yang tidak pernah membohongi apa yang terselindung di hati dan jiwa. Hamka pernah berkata, “Orang paling pandai bermuka-muka di dunia ini adalah orang yang paling busuk hatinya.”
Allah SWT memberi peringatan kepada manusia dalam firman-Nya yang bermaksud, “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya datang kepada kamu pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi apa-apa yang ada di dalam dada (hati) dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang beriman.”
Oleh itu, bagi mencari dan menjadikan hati sentiasa jernih kembalilah kepada fitrah, berilah kegembiraan dan jadikan kemurahan hati sebagai amanah. Jangan sesekali melukai hati orang lain kerana ia boleh melukai hati sendiri.
Nasyid yang menjadi hiburan terkini dapat juga melembutkan hati di samping dapat mengubat jiwa untuk terus berdamping dengan Allah SWT, kliik di bawah bagi sama-sama kite menhayatinyaa~~~
http://www.youtube.com/watch?v=fQ2gXIroKxU
Sunday, August 8, 2010
SANTAPAN MINDA_strategi berkesan
Be Big, Think Small : How Apple Retains its Startup Culture
The Three Things Steve Jobs Did
By Shlomo Maital
In a recent Bloomberg Business Week article by Nilofer Merchant, Steve Jobs is portrayed as saying that Apple’s culture is “that of a startup”.
Really? At a time when Apple’s market capitalization has overtaken that of Microsoft’s? (At $250 b., Apple surpassed Microsoft on May 26). Considering that Apple was at the brink of death a decade ago, with only $150 m. in the bank, this is amazing. Apple — a giant startup? Startup giant?
What is the startup culture? Can you be big and still think small?
Merchant quotes David Caldwell, professor of management at Santa Clara University, who says “culture is a shared understanding of assumptions and expectations among an organization’s members, and it is reflected in the policies, vision, and goals of that organization.”
Merchant says Jobs, when he returned to Apple, focused on doing three things well.
“1. Sharp laser focus: He refocused the strategy to be about one thing. That meant he killed off even good things. Merchant notes that she led server channel management at Apple when Jobs returned to the company in 1997, and was there when he made the decision to shut down big portions of revenue-generating businesses (including her division) because they didn’t fit with his vision for the company.
2. He eliminated passive aggressiveness and encouraged debate when new ideas were forming. When you are thinking about difficult problems together with exceptionally bright people, there are going to be disagreements. But it is through the tension of that creative conflict that new ideas get born, new angles get explored, and risks get mitigated.
3. He set up a cross-disciplinary view of how the company would succeed. This holistic vision means there is cohesion throughout the company, from concept to product to sales. For example, the retail strategy could have been a separate or disparate part of the whole, but Apple has made its retail strategy part and parcel of its overall promise of ease of use.”
These three changes in culture are easy to define but extraordinarily difficult to implement. Jobs’ force of personality did it. “It would be easy to count any revenue as good revenue, to allow a few people to stay even though they were rotting the culture, or to allow the different parts of a business to act in their silos”, Merchant says. Jobs would have none of this ‘path of least resistance’.
One of the toughest managerial and entrepreneurial tasks around, maybe THE toughest, is to retain entrepreneurial culture while leveraging and organizing disciplined operations and economics of scale. Very few companies succeed. Apple seems to be one. It is a case worth careful study.
took from http://timnovate.wordpress.com/2010/06/20/be-big-think-small-how-apple-retains-its-startup-culture/