Thursday, September 10, 2009

1430hijrah/2009_rungkaian peristiwa-peristiwa penting sepanjang tahun 2009










asalammualaikum
curi sedikit masa sebelum terus berkerja utk belajar...post kenangan3 silam penutup tahun 2009 ni dah dkt sebulan tersimpan, skrg ne barulah terasa utk dikemaskini utk tatapan ak/generasi3ku di masa3 hadapan...just to call up back what happened in 2009...ada suke, ada duka, ada cuka, dan kenangan3yg mmg sukar utk dilupakan...

tag team spARCHes bagi kawan3 ak masa blaja kat UM, seronok dapat join mereka sambil mengelilingi dunia Allah SWT ini...
  • pembukaan tahun 2009 dengan aktiviti menjejaki daerah Bali, Indonesia awal january (12 muharram - 15muharram) bersama team spARCHes UM, dibuka hati untuk melihat kebesaran Allah yang memberi kesuburan tanah di daerah ini, banyak sgt tempat yang cantik dan paling tidak dpt dilupa sawah padi, laut biru serta ombak yang membuatkan ak terpanggil untuk pergi lagi, dan menjadikan surfing sebagai future hobby aku, inshaallah
  • berpeluang mengerjakan umrah buat pertama kali bersama ayah, mak, dan adik pertengahan april (19 rabiulakhir - 03 jamadilawal), kemuliaan kaabah serta tanah suci membuatkan ak terus tunduk dengan kebesaranMu, ak sentiasa merindui segalanya di tanah suci serta masjid nabi yang sangat indah bagiku...
  • menjejaki sarawak buat kali ke-2 bersama team spARCHes UM, awal bulan may (04 jamadilawal - 07 jamadilawal) selang beberapa hari selepas pulang mengerjakan umrah, kali ne lebih advanture, berjaya menjejaki hutan simpan Bako dan menjejaki pelbagai khazanah alam Sarawak, dengan orang utannya, buaya lompatnya dan kuih lapissssnya!!!
  • Peristiwa penting pemergian bapa kepada rakan studio ku, Liyana Yasmin pada 8 ramadhan. sedekahkan Al-Fatehah, tidak lupa juga pemergian Ibu tercinta rakan studio ku, Zaleha pada tarikh ak tidak pasti, berita yang mengejutkan setelah kami kembali dari tanah suci, sedekah Al-Fatehah, semoga roh ibu dan bapa mereka sentiasa berada dalam keredhaan Allah SWT
  • sebagai penutup 2009, pada pertengahan bulan november yang lalu, berjaya menjejakkan kaki di bumi Yogyakarta, Indonesia bersama team spARCHes UM...makanan, penduduknya, kontur serta senibina nusantaranya antara agenda yang paling tidak dapat dilupakan...apa3pon tengkiu pd mursi yg menjadi tulang belakang utama dlm menjayakan projek besar-besaran ini!!!
alhamdulillah, banyak lagi peristiwa3 yang tidak dpt dilupakan...tapi panjang3 tulisanny makin boring mau baca...tahun 2009 jugak ak berpeluang/berhijrah ke universitas yang paling menguji keimanan serta kesabaran mental...semoga kebaikkan serta keredhaan setiap apa jua yang ak lakukan sentiasa dalam lindungan serta berkat Allah SWT, inshaallahutaala

Wa Allahu ‘Alam


"DAN JANGANLAH KAMU MEMALINGKAN MUKAMU DARI MANUSIA (KERANA SOMBONG), DAN JANGANLAH KAMU BERJALAN DI MUKA BUMI DENGAN ANGKUH"
(QS.LUQMAN : AYAT 18)

selamat tinggal tidur yang lena~~






ntah tiba3 hati terdetik untuk kembali ber go go blog!!!setelah selesai kerja3 studio, buleh dikatakan 89.9 peratus siap, hati bagaikan berbisik3 utk terus mencelikkan mata bagi mengisi masa dgn pelbagai aktiviti yang positif, tambahan ramadhan kareem kian melabuhkan tirai barakahnya. Sebagai ungkaian dan langkah pertama adalah dgn menulis blog ini, secara jujur aku dan penulisan tak sehebat mana...sekadar menghalusi diri dan perkongsian cerita bagi mereka yang sudi mentakrif, ape3pon pasti apa yang kita buat mesti ada objektif dan motif tersendiri, apa motifnya aku sendiri masih tercari3 dan mungkin kalian adalah org3 yang berhak mentakrifny...

sebagai perkongsian pada mereka di luar sana serta rakan3 senibina yg ada, dua tiga empat hari yang tak berapa nak tido, membuatkan ak utk teruskan usaha bagi memperbaiki diri ini...sehingga mencetuskan idea entry blog ini...semangat baru la ne kiranya!!!
alhamdulillah

bebarapa cebisan work yg telah ak lakukan sempena sem baru, studio baru dan segala3nya baru...ak sengaja untuk pastikan peningkatan dalam kerja3 yang aku buat sebelum ini...hahaha nampakny beberapa studio work yg dah ak lakukan tak berapa nak meningkattt, maklumlahhh tempat baru, ak macam kekadang kurang pasti utk ak lakukan, tapi itu bukan alasan!!!...yang pasti kerja-kerja studio kali ne mmg ak sendiri amat kecewa, dgn diri ini yg selalu last minit, tak bnyk study, bnyk rilekkk, dlllllllllll kemalasan dan alasan yang melanda...ya Allah berikan ak petunujuk Mu, kuatkan iman ku, permudahkan urusan ku...

sekadar memberi semangat diri ini, kerja3 yg dilakukan buat sekian kali adalah sebagai pemanas situasi utk aku terus berjuang dan berubah pada masa3 akan datang agar segala kejayaan, perbuatan yang diraih di dunia ini akan mendapat keberkatan serta ganjaran di akhirat kelak, inshaallahutaala.

masa utk perubahan...takbirrrr!!!

p/s ak sengaja biarkan post prosperity berger ak kat bwh ne, pasal ak dah setat makan mcD...kurang ajaq betui nafsu yang tak pernah puas ne!!!